Cilok gambar novel orang heheh
"Library tempat belajar saya hebat tidak lebih 10 point kerana........"1. Saya tak tahu nak petik point lebih dari 10. Sekarang tengah lapar tak dapat fikir sangat.2. Ada 1 section khas untuk novel sahaja. Bahasa melayu dan bahasa Inggeris.3. Ada tempat duduk khas berserta meja untuk pelajar membaca novel.4. Siap ada bilik khas lagi tepi tu.5. Banyak pulak tuu.6. Novel yang best semua dia buat cover baru. Cover merah kulit keras macam cover kamus dewan bahasa dan pustaka tu. So kalau nak pinjam terus ambil yang cover merah sebab tahu tu cerita best. Kulit nipis diabaikan huahaha diskriminasi disitu.7. Tempoh meminjam adalah seminggu. So setiap minggu boleh pinjam novel sebab seminggu mesti khatam punya la haha.8. Kalau lebih tempoh sehari bayar seposen. 2 hari 20 sen.9. Jimat duit boleh pinjam novel tanpa membeli. BHAHAHA motif utama.10. TIDAK KURANG 10 POINT HARAP MAKLUM :B
Novel library PSA
Oh ye lupa sinopsis novel hhahahahahahahaha!
"BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.
Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.
Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?"
p/s: well ingat Dhuhana? Dhuha from Saat Cinta Bersemi and Ana from Gemersik Kalbu c: